Profesion Keguruan



“Mengajar ialah pekerjaan profesional.
Tugas yang dilakukan oleh guru adalah bersifat intelektual, memerlukan amalan pertimbangan yang konsisten, tidak boleh disamarata atau dirutinkan, dan menuntut persediaan yang berpanjangan melalui pendidikan.”
(Janet A. Weiss (1989,2)

Dalam dunia penuh cabaran hari ini, kadang-kala guru menghadapi laluan sukar
untuk menjadikan diri mereka sebagai seorang yang profesional. Kesabaran dalam mendidik turut teruji dengan kerenah generasi sekarang yang sering terjebak dengan gejala sosial.

Dalam waktu yang sama, mereka perlu memotivasikan diri menjadi pendidik selaras dengan harapan ibu bapa, masyarakat dan negara. Berhadapan dalam situasi begini bukan perkara yang mudah. Mereka perlu sentiasa bersedia mengahadapi segala masalah dengan sifat terbuka dan tabah.

Hakikatnya, pekerjaan ini tetap mulia di mata masyarakat.
Segalanya terpulang kepada individu yang bergelar guru itu sendiri, sama ada mereka ikhlas dalam bekerja atau mengharapkan ganjaran semata.



Tema Hari Guru

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG

Takwim 2010

PUBLIC HOLIDAY AND SCHOOL HOLIDAY 2010

January February March
S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S
31 1
2 1
2 3 4 5 6 1 2 3 4
5 6
3 4 5 6 7 8 9 7 8 9 10 11 12 13 7 8 9 10 11 12 13
10 11 12 13 14
15 16 14
15
16 17 18 19 20 14 15 16 17 18 19 20
17
18 19 20 21 22 23 21 22 23 24 25 26
27 21 22 23 24 25 26 27
24 25 26 27 28 29 30
28 28 29 30
31

Minggu 1 4-8 Jan Minggu 5 1-5 Feb Minggu 9 1-5 Mac
Minggu 2 11-15 Jan Minggu 6 8-12 Feb Minggu 10 8-12 Mac
Minggu 3 18-22 Jan Minggu 7 15-19 Feb Minggu 11 22-26 Mac
Minggu 4 25-29 Jan Minggu 8 22-26 Feb Minggu 12 29 Mac- 2 Apr

April May June
S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S
1 2
3 30
31
1
1
2
3 4 5

4 5 6 7 8
9 10 2 3 4 5 6 7
8 6 7 8 9 10 11 12
11 12 13 14 15
16 17 9 10 11 12 13 14 15 13 14 15 16 17 18 19

18 19
20 21 22 23 24 16 17
18 19 20 21 22 20 21 22 23 24 25 26
25 26 27 28 29 30 23 24 25 26 27 28
29 27 28 29 30
Minggu 13 5-9 Apr Minggu 17 3-7 Mei Minggu 21 31 Mei-5 Jun
Minggu 14 12-16 Apr Minggu 18 10-14 Mei Minggu 22 21-25 jun
Minggu 15 19-23 Apr Minggu 19 17-21 Mei Minggu 23 28Jun-2 July
Minggu 16 26-30 Apr Minggu 20 24-28 Mei

July August September
S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S
1 2 3 1 2 3 4 5 6 7 1 2 3 4
4 5 6 7 8 9 10
8 9 10 11
12 13 14 5 6 7 8 9 10
11

11 12 13 14 15 16 17 15 16 17 18 19 20 21 12 13 14 15 16
17 18
18 19 20
21 22 23 24 22 23 24 25 26 27
28 19 20 21 22 23 24 25
25 26 27 28 29 30 31 29 30 31
26 27 28 29 30
Minggu 24 5-9 July Minggu 28 2-6 Ogos Minggu 32 30 Ogos-3 Sept
Minggu 25 12-16 July Minggu 29 9-12 Ogos Minggu 33 13-17 Sept
Minggu 26 19-23 July Minggu 30 16-20 Ogos Minggu 34 20-24 Sept
Minggu 27 26-30 July Minggu 31 23-27 Ogos Minggu 35 27 Sept-1 Okt

October November December
S M T W T F S S M T W T F S S M T W T F S
31 1 2 1 2 3 4 5
6 1 2 3 4
3 4 5 6 7 8 9
7 8 9 10 11 12 13 5 6 7
8 9 10 11

10 11 12 13 14 15 16 14 15 16 17
18
19 20 12 13 14 15 16 17 18
17 18 19 20 21 22 23
21 22 23 24 25 26 27 19 20 21 22 23 24 25

24
25 26 27 28 29 30 28 29 30 26 27 28 29 30 31
Minggu 36 4-8 Okt Minggu 40 1-5 Nov
Minggu 37 11-15 Okt Minggu 41 8-12 Nov
Minggu 38 18-22 Okt Minggu 42 15-19 Nov
Minggu 39 25-29 Okt
Malaysia National Holiday State Holiday Malaysia School Holiday
Comprehensive Malaysia related websites in our Malaysia Directory section.
* Subject to change
URL: http://www.onestopmalaysia.com/holidays-2010.html


Holidays

Date Holiday Applicable to
1 Jan New Year All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan's Birthday Negeri Sembilan only
17 Jan Sultan of Kedah's Birthday Kedah only
30 Jan Thaipusam
Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
1 Feb Federal Territory Day Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
14 Feb Chinese New Year
National
15 Feb Chinese New Year (2nd Day)
National except Kelantan and Terengganu
26 Feb Prophet Muhammad's Birthday
(Maulidur Rasul) National
4 Mar Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu Terengganu only
30 Mar Sultan of Kelantan's Birthday Kelantan only
31 Mar Sultan of Kelantan's Birthday Kelantan only
2 Apr Good Friday Sabah & Sarawak only
8 Apr Sultan of Johor's Birthday Johor only
15 Apr Declaration of Malacca as
a Historical City Malacca only
19 Apr Sultan of Perak's Birthday Perak only
1 May Labour Day National
7 May Hari Hol Pahang Pahang only
17 May Raja Perlis' Birthday Perlis only
28 May Wesak Day National
30 May Harvest Festival Sabah & Labuan only
31 May Harvest Festival Sabah & Labuan only
1 Jun Hari Gawai Sarawak only
2 Jun Hari Gawai Sarawak only
5 Jun Agong's Birthday National
19 Jun Hari Hol Almarhum Sultan Johor Johor only
10 Jul Penang Governor's Birthday Penang only
10 Jul Israk & Mikraj Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
20 Jul Sultan of Terengganu's Birthday Terengganu only
11 Aug Awal Ramadan * Johor, Kedah & Malacca only
27 Aug Nuzul Al-Quran Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only
31 Aug National Day National
10 Sep Hari Raya Puasa * National
11 Sep Hari Raya Puasa * National
16 Sep Sabah Governor's Birthday & Malaysia Day Sabah only
9 Oct Malacca Governor's Birthday Malacca only
23 Oct Sarawak Governor's Birthday Sarawak only
24 Oct Sultan of Pahang's Birthday Pahang only
5 Nov Deepavali National
17 Nov Hari Raya Haji * National
18 Nov Hari Raya Haji (2nd Day) * Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
7 Dec Awal Muharram (Maal Hijrah) National
11 Dec Sultan of Selangor's Birthday Selangor only
25 Dec Christmas National

1 Malaysia

Lima puluh dua tahun Malaysia berada dipersada dunia sebagai sebuah Negara yang berdaulat dan merdeka.Demokrasi mengikut acuan sendiri terus subur dan semakin matang.Pemimpin silih berganti meneruskan perjuangan mengisi kemerdekaan dengan mengekalkan kesinambungan pembangunan, perpaduan dan kesejahteraan rakyat. Lantas tanggal 3 April 2009 Perdana Menteri ke enam YAB Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak telah mengisytiharkan gagasan 1 Malaysia mewarisi kepimpinan negara. Beliau mengajak seluruh pekerja sector awam bersama merevolusikan system penyampaian, mengangkat agenda kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan yang membawa kepada usaha merangsang ekonomi negara agar kemakmuran akan terus dinikmati rakyat dan negara berkekalan.

Melalui gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri segenap lapisan rakyat majmuk di negara ini menikmati kemakmuran dan kemajuan yang sama rata tanpa mengira latar belakang, agama dan di mana juga mereka berada. Gagasan ini berteraskan konsep Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan sebagai misi sejagat seluruh rakyat Malaysia bagi menjamin kesepaduan dan kesimbangan segala kemakmuran dapat dinikmati bersama ibarat “hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicincang” Namun begitu, apa yang termaktub dalam artikel 152 dan 153 dalam perlembagaan penubuhan Malaysia berkaitan dengan Kontrak Sosial masih relevan dan tidak akan diketepikan.

Dalam pada itu, YAB Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak mengajak seluruh rakyat Malaysia menghadapi satu cabaran yang amat besar yakni meruntuhkan tembok kaum.. Ini adalah kerana tembok berkenaan akan menghalang pembentukan konsep 1 Malaysia. Apabila beliau memperkenalkan gagasan 1 Malaysia dengan tumpuan kepada lapan nilai murni iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti, ia memperlihatkan Perdana Menteri benar-benar serius dalam memastikan rakyat terus menikmati erti sebenar kemakmuran setelah negara ini merdeka. Nikmat yang sedang kita kecapi ini tidak ternilai harganya dan bukanlah diperoleh dengan cara yang mudah tetapi hasil pengorbanan dan perjuangan pemimpin kita pada masa lampau.

Kesungguhan Perdana Menteri dalam pembentukan konsep 1 Malaysia ini harus disokong sepenuhnya oleh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama walau di manapun mereka berada. Janganlah pula seperti hangat-hangat tahi ayam, ianya harus terus diperjuangkan sampai bila-bila walaupun Perdana Menteri kita nanti silih berganti. Melahirkan insan yang kamil keperibadiannya menjadi cabaran utama negara. Transfomasi ekonomi negara telah meninggalkan kesan ke atas keadaan sosial negara. Arus pemodenan yang dinikmati sedikit sebanyak mengakibatkan penghakisan sistem nilai dan jati diri masyarakat Malaysia. Masalah ini perlu ditangani secara bijak dan holistik dengan menyuburkan nilai-nilai murni dalam tingkah laku dan tindakan. Jika tidak, masyarakat Malaysia bersikap materialistik tetapi muflis dari aspek moral, etika dan integriti. Terlalau individualistik menyebabkan masyarakat tidak seimbang keperibadian antara lahiriah dan batiniah. Keseimbangan dari segala aspek dituntut untuk semua kaum agar jati diri rakyat Malaysia yang jitu dan tulen. Oleh yang demikian, tiada puak dan perbezaan yang wujud dalam konsep 1 Malaysia walaupun hakikatnya kita terdiri daripada masyarakat majmuk. Satu masyarakat, satu matlamat, satu visi dan satu misi boleh terbentuk menerusi gagasan ini.

Melalui perjuangan gagasan konsep 1 Malaysia ini mesti terus ditekankan pada setiap masa kerana akar tunjang utamanya adalah untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Sesungguhnya, tidak lain dan tidak bukan , ia adalah faktor perpaduan yang berteraskan kepada falsafah meraikan kemajmukan yang wujud sebagai sumber kekuatan. Sesebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia jika tidak diberi perhatian serius khasnya dari aspek perpaduan boleh mengundang kacau bilau seperti mana yang berlaku di awal kemerdekaan dahulu.Adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia bagi menjayakan konsep 1 Malaysia dengan mengadaptasikan apa sahaja program atau aktiviti yang dianjurkan oleh pelbagai agensi kerajaan mahupun NGO menjurus ke arah mencapai matlamat 1 Malaysia. Disamping itu, pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting kelangsungan hidup atau survival negara bagi menjamin kemajuan pada masa akan datang. Pembentukan murid yang menjadi aset negara berasaskan kurikulum dan penekanan nilai-nilai murni akan dapat menemukan generasi muda negara ini pada satu titik persamaan iaitu perpadaduan. Perpaduan yang dipupuk sejak dibangku sekolah dapat menjana keharmonian hidup bermasyarakat berganding bahu membangun ke arah negara maju hendaklah sentiasa diperkukuhkan.

Agenda perpaduan merupakan agenda negara dan terjemahannya dari segi prinsip dan perlaksanaan hendaklah sentiasa diperkukuhkan dan diperluaskan ke semua peringkat masyarakat. Rakyat yang hidup bersatu padu dan saling menghormati merupakan asas kepada kemajuan keharmonian dan kemakmuran negara. Bibit-bibit perpaduan hendaklah disemai diperingkat awal lagi. Justeru sekolah merupakan salah sebuah intitusi yang mampu menjadi agen berkesan ke arah menyatupadukan murid-murid pelbagai kaum di negara ini. Dalam hal ini, sekolah memainkan peranan yang amat berkesan dengan meletakan agenda intergrasi sebagai yang paling utama bagi melahirkan masyarakat majmuk yang bersatu padu, sejahtera dan aman damai.Pihak kerajaan pula perlu memandang berat betapa pentingnya hubungan rapat antara murid pelbagai kaum. Rasa muhibah, tolak ansur dan baik sangka boleh menimbulkan suasana hormat-menghormati sesama mereka. Aaktivit kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah yang digubal oleh kerajaan mesti menjurus kepada penglibatan dan memberi peluang kepada semua murid berintraksi. Sebagai contoh, program RIMUP atau Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan di sekolah amat baik kerana ia dapat memupuk pergaulan murid pelbagai kaum bercampur-gaul terlibat di dalam aktivitinya.Oleh yang demikian, kesediaan mereka untuk berkongsi menggunakan segala kemudahan di sekolah dapat mewujudkan dan membentuk persefahaman serta jalinan hubungan rapat di kalangan murid pelbagai kaum.

Dalam pada itu, sebagai model masyarakat guru perlu berada di hadapan sebagai agen dan caterlyst pengerak serta pelaksana dalama merealisasikan konsep 1 Malaysia. Sahsiah guru yang sekian lama menjadi sanjungan masyarakat perlu dikembalikan dan dijaga supaya menjadi idola generasi baru. Bagi menambahkan keunggulan golongan pendidik mereka perlu berlandaskan liam aspek towering personality sebagai panduan seperti berkhemah tinggi, berpengetahuan tinggi, keintektualan tinggi, pencapaian tinggi dan ketokohan tinggi. Dengan ini negara kita akan mempunyai modal insan yang berketrampilan dan berdaya saing menghadapi gelombang globalisasi melanda segenap pelusuk dunia tanpa sempadan.

Pencemaran nilai budaya dan bangsa merupakan cabaran yang berat yang perlu ditangani oleh semua pihak khasnya golongan pendidik.Sekolah berperanan sebagai agen sosialisasi terancang dan berfokus yang akan membentuk dan menyemai personaliti terpuji serta toleransi kendiri yang tinggi untuk bergaul mersra. Justeru itu, penerapan kepada lapan nilai murni iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti, menjadi fokus utama. Generasi inilah yang bakal meneraju dan mewarisi kepimpinan pada masa depan. Impak gayadan bentuk kepimpinan para pemimpin hari ini sama ada baik atau buruk merekalah yang bakal merasainya. Oleh itu, para pemimpin politik juga diberi amanah dan tanggungjawab yang amat berat seperti mana saranan Perdana Menteri yang mahukan instrumen pengukur kepada kecekapan dan keberkesanan kepimpinan mereka. Key Perfomance Indicator atau KPI diutamakan agar pemimpin politik berani membuat tranfomasi dengan ’merakyatkan Yang Berhormat demi memastikan setiap wakil rakyat ataupun menteri tidak lagi dilayan dan juga dilihat sebagai ’Raja Rakyat’. Mereka dituntut agar memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat dan pembangunan negara. Segala sumber dan hasil masyhur negara perlu diurus tadbir dengan efektif dan efesyen yang memberi impak berganda kepada kemajuan dan pembangunan rakyat dan juga negara. Selain itu, para pemimpin juga harus memiliki sikap luhur iaitu berintegriti tinggi, bijak, komited, bertanggungjawab, dan mesra rakyat yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi untuk kepentingan negara.

Setiap rakyat di negara ini berhak bersuara, beragama dan mendapatkan peluang yang sama rata mengecapi kemakmuran negara. Walau bagaimanapun, daripada gagasan konsep ini, terdapat beberapa perbezaan tafsiran yang dibuat kerana konsep 1 Malaysia ini sebenarnya masih belum jelas apakah matlamat dan halatujunya yang sebenar. Ada yang berpendapat bahawa konsep ini seakan-akan menyamai konsep Malaysian Malaysia yang pernah dicadangkan oleh sebuah parti politik. Namun ada juga yang berpendapat bahawa ianya berbeza dengan konsep Malaysian Malaysia dan konsep ini adalah berhasrat untuk menyatupadukan juzuk-juzuk masyarakat tanpa mengira kaum dan membolehkan setiap juzuk masyarakat ini boleh menikmati kemajuan dan kemakmuran yang sama.

Perpaduan yang ada sebenarnya sudah menunjukkan penanda aras yang baik, namun ianya masih perlu diperbaiki kelompangan-kelompangan yang mungkin ada, sama ada kita sedar atau pun tidak. Toleransi dan berkongsi adalah dituntut ibarat sebiji kek yang dipotong kepada bahagian-bahagian kecil untuk dinikmati semua. Begitu juga apa yang dikehendaki menerusi konsep 1 Malaysia yang memerlukan perkongsian kuasa, hak, kekayaan dan kemakmuran. Adil kepada semua tanpa mengira dari sudut kaum, agama mahupun tempat tinggalnya. Negara kita adalah unik bukan sahaja terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama malah dari segi lokasinya yang terpisah oleh lautan serta bersempadan dengan negara lain.Namun ia bukan penghalang kepada penyatuan dalam pembentukan 1 Malaysia. Keunikan dan kepelbagai adalah satu anugerah dan juga keistemewaan yang harus kita sama banggakan.

Perpatah melayu menyebut ”yang bulat tak akan datang bergolek dan yang pipih tak akan datang melayang ” harus diingati selalu agar kita berwaspada sepanjang masa dan tidak cuai dibuai kemakmuran hasil pemaufakatan dan kepimpinan pemimpin terdahulu. Perpaduan, kemakmuran dan kesejahteraan yang kita nikmati selama lima puluh dua tahun merdeka bukalah secara semula jadi tetapi hasil perjuang dan komitmen semua pihak yang sanggup mengorbankan dan bertolak ansur dari aspek kepentingan diri, kaum, agama dan kuasa. Kakitangan perkhidmatan awam memainkan peranan yang amat penting sebagai agen kepada kerajaan melaksanakan segala dasar dan program yang telah disusun untuk bagi memenuhi kehendak dan keperluan rakyat.Pendekatan ”Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan” hendaklah difahami dan direalisasikan dalam mengendalikan program kerjaan kepada rakyat. Namun demikian, adalah menjadi tanggungjawab semua kita warganegara bagi memastikan hasrat murni kerajaan melalui konsep 1 Malaysia tecapai agar kedaulatan dan kemakmuran negara terus terbela untuk kita semua selamanya.










BIBLIOGRAFI

Utusan Malaysia, 31 Ogos 2009 m.s 1 dan 2
Utusan Sarawak, 31 Ogos,2009 m.s. 1 dan 2
Buletten UPSI keluaran
Buletten UPSI keluaran
Buku Panduan Program RIMUP, KPM